VICE CHANCELLOR FELLOWSHIP AWARDS - TEACHING CATEGORY | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT

VICE CHANCELLOR FELLOWSHIP AWARDS - TEACHING CATEGORY

  • Pengajar Cemerlang

  • Pengajar Muda

 

Latar Belakang

 

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Putra (APP) Universiti Putra Malaysia. Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2007 untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion pensyarah. Penganjuran AFNC-KP merupakan wahana bagi mengenal pasti calon UPM untuk Kategori Pengajaran, Anugerah Akademik Negara (AAN).

 

Objektif

 

  1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UPM.
  2. Meningkatkan penggunaan pelbagai kaedah dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dan berkualiti berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning).
  3. Memberi pengiktirafan kepada para pegawai akademik UPM yang menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan yang tinggi dalam inovasi pembangunan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kelompok Pencalonan

 

Pencalonan AFNC-KP dibuat mengikut kelompok berikut (berdasarkan Kelompok Anugerah Akademik Negara (AAN).

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan 
  3. Kesihatan
  4. Kejuruteraan 
  5. Sastera dan Sains Sosial
  6. Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

 

_____________________________________________________________________

MAKLUMAN TERKINI

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) 2016!

 

Majlis Gemilang Akademia Putra 2016

11 Mei 2017 l Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

 

Kategori Pengajar Cemerlang

  • PROF. MADYA DR. WAN ZUHAINIS SAAD l Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (Kluster Sains Tulen)
  • PROF. MADYA DR. SURAYA ABDUL RASHID l Fakulti Kejuruteraan (Kluster Kejuruteraan)
  • DR. NORAZLINA MOHD KIRAM l Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Kluster Sains Sosial dan Sastera)
  • DR. NOOREEN NOORDIN l Fakulti Pengajian Pendidikan (Kluster Sains Sosial Gunaan dan Sastera Gunaan)

 

Kategori Pengajar Muda

  • DR. CHE AZURAHANIM CHE ABDULLAH l Fakulti Sains (Kluster Sains Tulen)
  • DR. HASLIZA ABU HASSIM l Fakulti Perubatan Veterinar (Kluster Kesihatan)
  • DR. MOHD RAZIF HARUN l Fakulti Kejuruteraan (Kluster Kejuruteraan)
  • DR. AKMAR HAYATI AHMAD GHAZALI l Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Kluster Sains Sosial Gunaan dan Sastera Gunaan)

 

 

Updated:: 04/07/2017 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1506430204