PERTANDINGAN FAKULTI/PUSAT TERBAIK AMALAN INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 2017 | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT

PERTANDINGAN FAKULTI/PUSAT TERBAIK AMALAN INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 2017

 

Tujuan Pertandingan

 

  1. Mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/institusi sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM (PT)).
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik UPM berkaitan teknik atau pendekatan inovasi pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh setiap fakulti/pusat untuk dimanfaat pegawai akademik UPM yang lain.
  4. Menggalakkan pembudayaan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh setiap warga fakulti/pusat bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

 

 

Hadiah Pertandingan

 

Fakulti/pusat yang memenangi pertandingan ini akan menerima hadiah seperti berikut:

  • Tempat pertama - Wang tunai RM5,000.00, sijil dan piala pusingan
  • Tempat kedua - Wang tunai RM3,000.00 dan sijil
  • Tempat ketiga - Wang tunai RM2,000.00 dan sijil

 

Format Pertandingan

 

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua fakulti/pusat. Hanya satu penyertaan daripada setiap fakulti/pusat dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  2. Setiap fakulti diberi kebebasan untuk membentangkan amalan inovasi yang dipraktikkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris menggunakan slaid pembentangan/ poster/demontrasi produk dll. mengikut kreativiti.
  3. Fakulti/pusat perlu memfokuskan amalan inovasi pengajaran dan pembelajaran warga fakulti/pusat secara kolektif berkaitan strategi dan kaedah penyampaian, bahan bantu mengajar dan pentaksiran di samping menonjolkan nic fakulti/pusat.
  4. Setiap fakulti/pusat diberikan tempoh 10 minit untuk sesi pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
  5. Pembentang boleh terdiri daripada seorang atau beberapa individu dalam kalangan Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah, atau ahli akademik lain yang dilantik untuk mewakili fakulti/pusat.
  6. Fakulti perlu menyediakan video montaj berkenaan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi tujuan publisiti dan hebahan.

 

Penilaian

 

Pertandingan ini akan diadili oleh panel juri dalam dan luar UPM yang dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur. Keputusan pengadilan juri adalah muktamad. Kriteria penilaian adalah seperti berikut:

  1. Amalan Inovasi (30%)
    1. Kebolehgunaan
  2. Kebolehgunaan (30%)
    1. Praktikal dan mudah dilaksanakan
    2. Keberkesanan kos
    3. Berpotensi untuk dikembangkan
  3. Impak (25%)
    1. Keberkesanan kepada pelajar/program/fakulti/UPM
  4. Persembahan (15%)
    1. Menarik
    2. Mudah difahami

 

Tarikh Penting Pertandingan

 

  • Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan - 29 September 2017
  • Tarikh pertandingan - 23 Oktober 2017

 

Pertanyaan

 

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak urusetia pertandingan iaitu:

 Encik Mohd Idham Abdul Rashid  03-8947 1465  mhdidham@upm.edu.my

 

  Urusetia
Pertandingan Fakulti/Pusat Terbaik Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor 

          

Download Form

 

 

Updated:: 18/09/2017 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1506430473