| CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT

Program Latihan Jurulatih/Penggerak Education 4.0 Universiti Putra Malaysia

18 April – Selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjayakan agenda Transformasi Pendidikan Tinggi 4.0 bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), satu program latihan telah diadakan oleh pihak Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia selaku urusetia.

Seramai 24 orang pegawai akademik UPM yang terpilih telah menyertai program tersebut, yang diadakan pada 18-19 April 2018 bertempat di Putra Learning Space (PLS), CADe, Aras 2, bangunan Pejabat TNCPI, UPM. Program yang dikenali sebagai E-40 atau Educator 4.0 tersebut dikendalikan oleh penceramah/fasilitator (master trainer) peringkat nasional iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi (UKM), Prof. Dr. Nor Aziah Alias (UiTM), Dr. Rosemaliza Mohd Kamalludeen (IIUM), Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail (UKM) dan juga Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad (UPM).

Ia merupakan satu usaha terfokus melahirkan 400 jurulatih atau penggerak dalam kalangan pensyarah Universiti Awam yang berkeupayaan:

  1. Menyedari keperluan untuk memikir semula pengajaran (rethinking teaching) & merekabentuk semula pembelajaran (redesigning learning) agar relevan dengan keperluan dan cara belajar Gen-Z.
  2. Memahami konsep Pendidikan 4.0 (Education 4.0) dan Pembelajaran 4.0 (Learning 4.0) yang sesuai dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.
  3. Mentransformasi pengajaran agar lebih interaktif dan menekankan pembelajaran aktif, imersif dan bermakna.
  4. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran imersif maya (virtual learning experience).
  5. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran imersif teradun (blended learning experience).
  6. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran bersemuka (experiential learning experience).

 

Other News

SXDcTAM~